HILANGNYA SEBUTIR PERMATA AGAMA

No comments:
Assalamualaikum wbt.

Hari ini, tanggal 26/6/2018 sudah hampir 3 minggu Siti Sarah Binti Rasul kembali kepada 
penciptanya. Doakan sahabat aku, Siti Sarah Binti Rasul, meninggal akibat kemalangan
di highway Elite pada tanggal 10/6 lepas. Kemalangan hanya asbab kerana aku yakin Allah ambil semula dirimu kerana Allah cinta padamu Kak Sarah.

Post ini tiadalah apa hanya sekadar satu tulisan penuh kerinduan buat cinta hati sahabat kami allahyarhamah Siti Sarah Binti Rasul. Perginya kak Sarah di bulan yang mulia. 10 Ramadhan yang terakhir. 

Kak Sarah, sungguh saya rindu. Rindu yang adakala tidak dapat saya terjemahkan dengan kata kata. Kelmarin, saya buka FB.Notifikasi ulangtahun kelahiran akak terpapar.Mengingatkan semua bahawa semalam adalah ulangtahun kelahiran akak. Siapa yang tidak mengenali, mungkin akan memberi ucap selamat. Siapa yang mengetahui hakikat sebenar pasti luluh hati mengenang akak. Saya rindukan nasihat nasihat akak, saya rindukan senyuman manis akak, saya rindukan ketegasan akak, dan paling saya rindukan adalah curahan ilmu dari akak.

Kematian akak sangat kami cemburui. Akak pergi di bulan mulia.Akak pergi dalam keadaan masih berkhidmat untuk ISLAM,akak pergi Alhamdulillah dalam keadaan lengkap menutup aurat. Namun akak, disebalik kesedihan kami, kami bersyukur Allah telah mengakhiri kesusahan dan penderitaan akak di dunia. Kami yakin Allah sangat cinta dan sayang akan kak Sarah. Impian akak untuk syahid telah dikabul Allah.

Siti Sarah Binti Rasul, Selamat berhari raya di syurga. Kami cinta dan sayang kan akak hingga ke akhirnya.

Al-Fatihah buat sahabat kami, Siti Sarah Binti Rasul

(1993-2018)

Foto I-Rakan Unisel.