PERANCANGAN ALLAH

Assalamualaikum...

Tulislah perancangan mu dengan sebatang pensel.

Serahkan pula pemadamnya kepada Allah SWT.

Dan izinkan-Nya memadam bahagian yang kurang sempurna.

Agar dapat digantikan dengan perancangan yang lebih baik.

Sebagai hadiah istimewa daripadaNya untuk mu.

Sesungguhnya dia maha mengetahui dan adalah sebaik-baik perancang.

Ya Allah...andai ini takdir yang telah kau tentukan terhadap diri ku..

Aku menerima dengan lapang dada Ya Allah...

Aku redha dengan ketentuan dan juga takdir mu.

Kerana aku yakin bahawa perancangan dari mu adalah

sebaik-baik perancangan.

Ya Allah,andai ini lah petunjuk supaya aku berubah menjadi muslimah

yang sejati,kau tunjukkan lah aku jalan nya Ya Allah.

Agar aku mampu berubah menjadi hamba yang taat,yang tidak pernah lalai dari 

mengingati mu,supaya aku mampu menjadi anak yang solehah

yang mampu membukakan pintu Jannah untuk ibu-bapaku.

Aku redha dengan segala ketentuanmu Ya Allah :')

No comments: