''Dan Bukankah Kita Semua Akan Menjadi Mayat?''


✿✿✿
Marhamah Junaisha
21
Full time 'Puan'
"The Du'a Made At Tahajjud Is Like An Arrow Which Does No Miss Its Target" [Imaam Ash-Shaf'ee]



Big Applause



Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“...”
2012-01-29 2012-11-11 2012-12-23 2013-01-13 2013-03-10 2013-03-17 2013-04-28 2014-03-02 2014-03-09 2014-05-18 2014-05-25 2014-07-27 2014-08-03 2014-09-14 2014-11-16 2014-12-21 2015-03-15 2015-10-11 2015-11-15 2016-04-24

KITA BERUBAH ATAS DASAR APA?
Friday || 17:36

Assalamualaikum wbt..

Ya..Lama sangat dah tak update.Keadaan seorang student sem akhir Foundation TESL 

memang kacau bilau.Itu realiti yang tak mampu ditepis oleh sesiapa.

Okay..Hari ni nak cerita hal berubah.Ya berubah.Setiap hari manusia akan

melalu fasa perubahan.Samada perubahan kecil,mahupun perubahan besar.

Dan Insyaallah...Malaysia juga akan melalui fasa perubahan setelah berakhirnya 

PRU 13 nanti.Insyaallah...Yang zalim akan disingkirkan...Yang benar-benar hendak

membela agama,bangsa,rakyat,dan seterusnya negara akan diangkat sebagai pemimpin

Insyaallah.Sejujurnya...saya juga sedang melalui satu proses perubahan.Perubahan untuk menjadi

hamba,muslimah,anak,sahabat,dan Insyaallah bakal isteri yang baik.Ramai saya perhatikan

mahu berubah.Yang singkat dilabuhkan...Yang sempit dilonggarkan...

Yang berlebih-lebihan disederhanakan.

Persoalannya di sini..Atas dasar apa kita berubah?Adakah kerana benar-benar disapa hidayah

dari Allah Swt?Adakah kerana terdesak inginkan sesuatu lalu cepat-cepat kita berpaling kepada

Allah Swt?Atau alasan yang paling popular kala ini "Nak suami yang baik kena lah jadi baik"..

Berubah kerana hendak berkahwin.Tak dinafikan..sebelum melalui fasa perubahan ini,

kadangkala niat saya untuk berubah agak terpesong atas beberapa faktor.

Dan atas sebab ini lah kita harus muhasabah diri kita kembali.."Aku berubah atas dasar apa"

Berubahlah kerana Allah Swt.Kerana kita taat dan takutkan Allah.Kerana kita cintakanNya.

Jauhi lah dari berubah kerana manusia yakni lelaki.Ikhlaskan diri dalam perubahan.

Sesungguhnya berubah bukan kerana Allah Swt tidak akan berkekalan.Percayalah.

Ikhlaskan diri..Insyaallah..semua urusan akan dipermudahkan.Kepada yang sedang melalui fasa

perubahan dengan ''ikhlas'' mahupun sedang berusaha mengejar rasa ''ikhlas'' itu..

Selamat mencari hidayah Allah :)





Older | Newer