''Dan Bukankah Kita Semua Akan Menjadi Mayat?''


✿✿✿
Marhamah Junaisha
21
Full time 'Puan'
"The Du'a Made At Tahajjud Is Like An Arrow Which Does No Miss Its Target" [Imaam Ash-Shaf'ee]



Big Applause



Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“...”
2012-01-29 2012-11-11 2012-12-23 2013-01-13 2013-03-10 2013-03-17 2013-04-28 2014-03-02 2014-03-09 2014-05-18 2014-05-25 2014-07-27 2014-08-03 2014-09-14 2014-11-16 2014-12-21 2015-03-15 2015-10-11 2015-11-15 2016-04-24

KERANA LEMAH NYA HATI
Tuesday || 19:47



Bismillahirrohmanirrohim...

Cuti sem datang lagi.Alhamdulillah....masih diberi ruang dan peluang untuk

berada ni bumiNya,menghabiskan sisa-sisa hidup yang ada.Semoga Dia redha :)

Seminggu yang pertama banyak dihabiskan mengadap twitter *lagho dan menghabiskan

sekotak buku-buku hasil kutipan sepanjang semester kedua yang lepas.

Buku-buku yang kadang-kadang buat aku terfikir *bila masa aku beli buku ni.Ya begitulah.

Awal semester dapat satu whatsapp dari kawan lama.Tujuan nak meminjam buku...

Buku-buku pelik katanya.Eheh taklah pelik mana.Cuma pembacaan aku mungkin

tak sama macam orang lain.Mungkin.Atau mungkin aku yang pelik?Mungkin jugak.

Sepanjang awal cuti macam-macam berita tentang kawan-kawan lama sampai

kepada pengetahuan aku.Yang baik,yang buruk,yang menyedihkan semua ada.

Yang baik,semoga terus kekal dengan kebaikan yang dilakukan...Yang buruk

semoga masih ada peluang untuk bertaubat.Allah tidak kejam :) Yang menyedihkan

semoga engkau sentiasa diberi peluang untuk merasai manisnya kegembiraan..:)

Sepanjang mengabdikan diri dengan timeline...Allah =='macam-macam cerita

keluar.Kata mereka,kau gelar dirimu pejuang sunnah.Kata mereka kau mengaku dirimu 

sudah menjalani tarbiyyah..Kata mereka kau pengikut setia ahli sunnah wal jamaah.

Kata mereka kau juga menjual agama kerana wanita.Allahurobbi..Wahai kamu

yg aku hormati....Jika benar tuduhan-tuduhan ini..maka bertaubatlah.

Jangan kerana kita yang hina ini,buruk Islam di mata ''mereka''.Namun aku mengharapkan

ini sekadar salah faham.Semoga akan ada penjelasan di sebalik semua ini.

Sebelum masuk universiti,aku berkenalan dengan seorang kakak ni.

Baik,manis,solehah,bakal isteri kepada yang soleh juga Insyaallah...

Kerana galakan dan doanya..maka jadilah aku Marhamah yang sekarang.Alhamdulillah.

Terima kasih kak...Malaikat tidak akan lupa mencatat setiap kebaikan

yang telah kau lakukan untukku.Semoga aku dapat bersama di hari bahagiamu nanti:)

Kata dia....''Dalam kita sibuk menyiapkan diri menuju Allah...toleh ke belakang

dan pandang juga mereka yang masih teraba-raba mencari kebenaran.''

Kata-kata yang masih aku ingat hingga saat ini.Cuba toleh ke belakang dan engkau akan

nampak apa yang selama ini kau tak nampak.Ya mereka.Mereka yang aku kira

perlu dibimbing..Perlu diberi nasihat..Perlu diberi peringatan.Perlu sama-sama

dipimpin untuk berjalan seiring di atas jalan tarbiyyah ini.Namun mampukah aku?

Mampukah aku menggenggam tangan-tangan itu..Mampukah aku pimpin mereka

dan berjalan bersama-sama dengan ku."Bukan namanya dakwah dan perjuangan jika

senang dan tiada halangan.''Ya benar.Namun yang aku gusarkan..mampukah aku bertahan

mendampingi mereka sedangkan aku sendiri seringkali hampir tersungkur melawan futur

di atas jalanku sendiri?Allah...Dipulaukan...dipandang sinis..dipersendakan sudah sebati

dengan hidupku kini.Kata naqibahku...itu biasa...Namun terlalu berat rasa nya untuk aku

yang masih jahil,masih belum kukuh tarbiyyah nya,masih belum cekal hatinya,masih

lemah imannya.Aku sedih...aku lemah melihat mereka mempersendakan tuntutan agama.

Namun aku masih belum mampu bertegas.Masih belum mampu menegakkan yang hak.

Kekhilafan mereka aku pandang sepi.Mungkin aku masih belum memasakkan

janji Allah dalam hati seperti dalam surah Muhammad ayat 7.

"Wahai orang -orang yang beriman..Jika kamu menolong agama Allah..nescaya

Allah akan mengukuhkan kedudukanmu''

Dalam melalui liku-liku hidup...hati wanita mana yang tak pernah disentuh 

oleh lelaki.Itu biasa.Malahan yang mendakwa paling kuat hatinya juga bisa

tersentuh kerana seorang lelaki.Bezanya samada kau mampu mengawalnya

atau tidak.Cinta itu fitrah bagi manusia.Dan sekali lagi fitrah itu datang mengetuk

hati ini.Allah....aku benar-benar jatuh cinta kali ini.Setelah empat bulan

membina ''sesuatu'' akhirnya aku sedar bahawa aku benar-benar jatuh cinta.

Jatuh cinta keranamu Ya Allah....Mungkin empat bulan yang lalu aku masih endah tak

endah akan hubungan ini.Masih mampu berkata ''alah kalau berpisah pun tak apa..

mungkin ada yang lebih baik...''Namun pernah juga hati ini berbisik...''ini semua ujian.

Ujian hati semata-mata.'' Aku buntu....buat kesekian kalinya aku merasa takut

untuk kehilangan.Bukanlah aku mencatatkan ini semata-mata untuk meraih simpatimu

tidak.Tapi kali ini aku benar-benar takut.Kata mereka ''halalkan segera mar.Kalian memang

menjaga.Tapi pintu fitnah sentiasa memburu mereka yang belum bernikah''

Allahurobbi...apalah daya ku.Aku punya wali.Jika wali ku berkata ''nanti dulu''

apalah dayaku untuk menghalang.Namun aku percaya.Ada hikmah di sebalik apa 

yang telah,sedang,dan bakal terjadi.Siapa yang tidak mahu menyalurkan perasaan di atas

jalan yang diredhainya?Siapa yang tidak mahu rindu dan sayang,cinta dan kasihnya

dizahirkan untuk mendapat pahala?Siapa yang tidak mahu berteman untuk berjalan

di atas jalan perjuangan yang penuh liku ini?Namun kata mereka'' bersabarlah.Bahagiamu

akan tiba''....Kini aku diuji lagi.30 hari yang cukup menyeksakan perasaan dan akal warasku.

Aku tertanya-tanya,apa yang bakal terjadi.Adakah perkara yang akan datang ini bakal

mengubah 360 darjah hidupku?Adakah aku bakal dikecewakan sekali lagi?Benarkah

apa yang bakal terjadi nanti akan disenangi semua pihak?Untuk menagih cintamu bukan 

caraku.Aku masih punya prinsip kerana aku merasa yang pantas untuk ditagihrayu

cinta dan kasihnya adalah dari Allah semata.Bukan dari seorang hamba.Namun

tidak aku nafikan..hati yang lemah ini mungkin akan bertambah lemah jika perkara

yang aku khuatirkan itu terjadi.Bukan niat ku untuk tidak percaya akan qada' dan qadar.

Cuma aku manusia.Manusia biasa yang sentiasa takut untuk ditinggalkan oleh mereka

yang aku cinta.Namun sering aku pujuk hati sendiri...ditinggalkan manusia

bukanlah pengakhiran dunia.Aku yakin bahawa engkau adalah jodoh yang

ditetapkan Allah untukku.Namun siapalah aku untuk melawan takdir jika

sesuatu yang lebih besar ditakdirkan antara kita.Redha adalah jalan terbaik.

Semoga akan ada penjelasan untuk semua ini.Kau minta aku bersabar.Jadi aku gagahkan

hati untuk 30 hari ini.Semoga Allah redha.

Ilalliqa'..








Older | Newer