''Dan Bukankah Kita Semua Akan Menjadi Mayat?''


✿✿✿
Marhamah Junaisha
21
Full time 'Puan'
"The Du'a Made At Tahajjud Is Like An Arrow Which Does No Miss Its Target" [Imaam Ash-Shaf'ee]



Big Applause



Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“...”
2012-01-29 2012-11-11 2012-12-23 2013-01-13 2013-03-10 2013-03-17 2013-04-28 2014-03-02 2014-03-09 2014-05-18 2014-05-25 2014-07-27 2014-08-03 2014-09-14 2014-11-16 2014-12-21 2015-03-15 2015-10-11 2015-11-15 2016-04-24

RESEPI KEBAHAGIAAN BY ASYRAF ZABANI
Thursday || 02:36

Bismillahirrohmanirrohim...

Mata tak mau lelap.Blogwalking *qiamonline ==' Allah....

Jumpa yang ini....Credit to ASYRAF ZABANI

Moga Allah redha ^_^

#1: Berhenti menghabiskan masa dengan orang yang salah.
Hidup ini terlalu singkat untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang hanya mengambil kebahagiaan daripada diri kita. Jika seseorang itu mahukan kita di dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi ruang untuk kita, bukannya kita perlu berjuang untuk ruang tersebut. Jadi, usah dilayan mereka yang tidak tahu nilai diri kita. Dan ingatlah, hakikatnya, bukannya mereka yang berada di sisi kita saat kita bahagia adalah sahabat yang terbaik, tetapi mereka yang berada di sisi kita saat kita menderita, itu adalah sahabat sejati.
#2: Berhenti berlari daripada masalah sendiri.
Hadapi masalah kita, walaupun ianya bukanlah mudah. Tiada satu pun hamba Tuhan yang tidak duji di dunia ini. Ya, kita tidak diajar untuk menyelesaikan masalah dengan cepat. Bukan itu sunnah alam. Malah, kita dajar untuk berasa marah, sedih, terluka, dan juga terjatuh. Kerana itulah matlamat utama kehidupan – menghadapi masalah, belajar daripadanya, menyesuaikan diri kita, dan menyelesaikannya sepanjang masa. Pengakhirannya, setelah kita belajar daripada apa yang diajar, itulah diri kita yang sebaik-baiknya.
#3: Berhenti berbohong kepada diri-sendiri.
Kita mungkin mampu menipu sesiapa sahaja di dunia ini, tetapi satu hakikat yang kita tidak dapat sangkalkan, kita tak akan pernah mampu menipu diri-sendiri. Kita hanya mampu melangkah ke hadapan dan terus maju apabila kita mengambil peluang, dan peluang pertama yang paling sukar untuk kita ambil adalah untuk berlaku jujur terhadap diri kita sendiri.
#4: Berhenti meletakkan keperluan orang lain di hadapan berbanding keperluan kita.
Perkara yang paling menyakitkan adalah kehilangan diri kita sendiri ketika kita dalam proses terlalu menyayangi seseorang, dan melupakan bahawa diri kita juga sama pentingnya. Ya, seharusnya kita patut membantu orang lain, tetapi jangan lupa membantu diri kita juga. Jadi, jika kita ada apa-apa yang penting untuk dibuat atau dikejar, masanya adalah sekarang!
#5: Berhenti daripada menjadi orang lain. Jadi diri kita sendiri.
Salah satu cabaran yang paling besar dalam hidup kita adalah menjadi diri sendiri dalam dunia yang cuba membuat kita bersikap hipokrit. Orang lain akan sentiasa lebih cantik, akan sentiasa lebih bijak, akan sentiasa lebih muda, tetapi apa yang pasti, mereka bukan diri anda. Usah ubah keaslian yang ada pada diri anda untuk orang lain suka. Jadilah diri sendiri dan orang yang tepat akan menyukai dan mencintai diri anda yang sebenar.
#6: Berhenti dari mengungkit kisah silam.
Kita tidak boleh memulakan buku baru di dalam kehidupan jika kita terus memegang kepada kisah-kisah silam dan tidak mahu bergerak ke hadapan.
#7: Berhenti menjadi takut untuk melakukan kesilapan.
Melakukan sesuatu adalah sepuluh kali lebih produktif daripada tidak membuat apa-apa langsung. Setiap kejayaan mempunyai jejak kegagalan, dan setiap kegagalan membawa kita ke arah kejayaan. Akhirnya, kita akan menyesali perkara yang kita tidak lakukan jauh lebih daripada perkara yang sepatutnya kita lakukan. Perbanyakkan kata, “Aku boleh!” daripada sebaliknya.
#8: Berhenti memarahi diri atas kesilapan silam.
Di dalam kehidupan, kita mungkin pernah mencintai orang yang salah, dan menangisi atas kesilapan silam, tetapi tidak kira macam mana kita pernah terlanjur sekalipun, satu perkara yang pasti, kesilapan membantu kita mencari orang dan perkara yang sesuai dengan diri kita. Kita semua pernah membuat kesilapan, pernah berjuang, dan mungkin pernah menyesal atas apa yang kita lakukan di masa silam. Namun, segala apa yang berlaku kepada diri kita sebenarnya menyediakan diri kita untuk menghadapi saat-saat yang mendatang.
#9: Berhenti daripada cuba untuk membeli kebahagiaan. 
Setiap apa yang kita inginkan mempunyai harganya yang tersendiri, kebiasaannya ‘mahal’ untuk kita miliki. Hakikatnya, perkara yang benar-benar memuaskan hati kita adalah percuma – cinta, gelak tawa, dan melakukan sesuatu dengan penuh keazaman.
#10: Berhenti mencari kebahagiaan yang eksklusif daripada orang lain.
Jika kita tidak gembira dengan diri kita, kita tak akan termampu mengecapi kebahagiaan dalam sesebuah hubungan bersama orang lain juga. Stabilkan kehidupan kita dahulu, baru kita berkongsi kebahagiaan yang kita miliki bersama orang-orang lain.
#11: Berhenti menjadi seseorang yang terbiar.
Jangan berfikir terlalu banyak atau kita akan wujudkan satu masalah yang tidak pernah wujud pun selama ini. Nilai sesuatu situasi dan ambil tindakan dengan tegas. Kemajuan melibatkan risiko. Kita tidak boleh membuat langkah ke petak kedua bilamana kaki kita masih di petak pertama.
#12: Berhenti berfikir yang kita tidak bersedia.
Tiada siapa yang pernah merasakan dia 100% bersedia apabila sesuatu peluang timbul. Peluang terbesar di dalam kehidupan memaksa kita untuk berkembang di luar zon selesa, yang bererti kita tidak akan berasa selesa pada permulaannya.
#13: Berhenti terlibat di dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah.
Sesuatu hubungan mesti dipilih dengan bijak. Adalah lebih baik untuk bersendirian daripada berada di dalam hubungan atau percintaan yang tidak baik kerana tergesa-gesa. Jika sesuatu itu ditakdirkanNya, ia tetap akan berlaku – dalam masa yang tepat, bersama orang yang tepat, dengan sebab yang terbaik. Jatuh cinta apabila kita sudah bersedia, bukan bila kita merasa sunyi.
#14: Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana hubungan lama tidak berjaya.
Dalam kehidupan, tersirat sebuah tujuan dalam setiap perkenalan tersebut. Sesetengah orang akan menguji kita, ada yang akan mempergunakan kita dan ada yang akan mengajar kita. Tetapi yang paling penting, ada yang akan membawa keluar sifat yang terbaik dari dalam diri kita.
#15: Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
Jangan bimbang tentang apa yang orang lain lakukan lebih baik daripada kita. Tumpukan untuk menewaskan ‘rekod’ kita sendiri setiap hari. Kejayaan adalah pertempuran antara KITA dengan DIRI KITA sahaja.
# 16. Berhenti mencemburui orang lain.
Cemburu adalah suatu seni mengira nikmat yang ada pada orang lain, bukannya pada diri kita sendiri. Tanya diri kita ini: “Benda apa yang aku ada, yang semua orang lain nak?”
#17: Berhenti mengadu dan menyalahkan diri-sendiri.
Wujudnya naik turun di dalam kehidupan itu adalah untuk memberi isyarat kepada kita ke jalan manakah yang kita patut menuji. Kita mungkin tak mampu memahami sesuatu itu saat ia berlaku, tetapi cuba lihat kembali kepada naik turun kehidupan yang sudah kita lalui dan di mana ia membawa kita. Pengakhirannya, ia membawa kita ke tempat, orang, keadaan, fikiran serta situasi yang lebih baik daripada sebelumnya.
#18: Berhenti menyimpan dendam.
Jangan biarkan kehidupan kita dipenuhi kebencian. Akhirnya, kita hanya menyakiti diri kita lebih daripada orang yang kita mahu sakiti. Mulakan dengan memaafi diri sendiri, dan terus melangkah ke hadapan!
#19: Berhenti membiarkan orang lain membawa kita ke tahap mereka yang di bawah.
Jangan turunkan standard diri kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain. Tunjukkan yang kita mempunyai standard yang tersendiri.
#20: Berhenti membuang masa menerangkan diri kita kepada orang lain.
Kawan-kawan kita tak memerlukannya dan musuh-musuh kita pun tak akan percaya juga. Lakukan apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita sendiri. Usah melayan anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan kita.
#21: Berhenti melakukan perkara yang sama berulang-kali tanpa berehat.
Berhentilah dan berehat, ambil nafas sedalam-dalamnya. Jika kita teruskan apa yang kita sedang buat tanpa henti, kita mungkin tak nampak matlamat yang kita tujui. Kadang-kala kita perlu menjauhkan diri buat sementara waktu untuk melihatnya kembali dengan jelas.
#22: Berhenti mengabaikan detik-detik kecil yang indah.
Nikmati perkara-perkara kecil, kerana satu hari kita boleh melihat kembali dan melihat ia sebenarnya adalah perkara-perkara yang besar di dalam hidup kita. Cebisan kehidupan yang terindah di dalam hidup kita adalah saat-saat kecil yang diluangkan bersama orang yang tersayang di sisi kita.
#23: Berhenti mencuba untuk membuat semua perkara dengan sempurna.
Hakikat dunia yang sebenar tidak memberi ganjaran kepada ‘perfectionist’. Ia memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya melakukan sesuatu, tidak kiralah berapa lama masa dan tenaga yang diambil. Usaha itu menentukan pengakhirannya.
#24: Berhenti mengikut jalan yang kurang rintangan mahupun halangan.
Hidup ini sememangnya bukan mudah, terutamanya apabila kita merancang untuk mencapai sesuatu yang berfaedah dan diingati sepanjang zaman. Usah ambil jalan yang mudah. Lakukan sesuatu yang luar biasa.
#25: Berhenti berpura-pura seperti semuanya baik, walhal ianya tidak.
Tak mengapa untuk bersedih buat sementara waktu. Kita tak perlu berpura-pura menjadi kuat selalu. Kita tak perlu ambil berat dengan apa yang orang lain sedang fikir akan diri kita – nangislah jika perlu. Lebih cepat kita bersedih, lebih cepat kita akan dapat tersenyum lagi.
#26: Berhenti menyalahkan orang lain atas masalah kita sendiri.
Sejauh mana kita mampu mencapai impian bergantung kepada sejauh mana kita bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri. Bila kita menyalahkan orang lain atas apa yang kita lalui, kita sebenarnya menafikan tanggungjawab ke atas hidup sendiri, dan memberi orang lain kuasa untuk menentukan kehidupan kita.
#27: Berhenti dari mencuba untuk menjadi segala-galanya bagi semua orang.
Adalah mustahil untuk menjadi segala-galanya bagi setiap orang yang kita kenali di dunia ini, dan meneruskan langkah gila tersebut mampu merosakkan diri kita di akhirnya. Fokuskan hanya kepada individu yang kita mampu bahagiakan sahaja, sepanjang hidup kita. Itu lebih baik.
#28: Berhenti dari terlampau merisaukan diri atas segenap perkara.
Kembimbangan tidak akan menghilangkan beban pada esok hari, ia hanya akan menghilangkan kebahagiaan yang wujud pada hari ini. Salah satu cara nak periksa jika sesuatu itu bernilai untuk difikirkan adalah untuk bertanya kepada diri kita dengan soalan ini: “Adakah perkara berbaloi untuk dirisaukan dalam masa satu tahun mendatang? Tiga tahun? Lima tahun?” Jika tidak, maka ia tidak bernilai langsung untuk dibimbangi.
#29: Berhenti menumpu kepada apa yang kita tidak mahu berlaku.
Fokus kepada apa yang kita mahu berlaku. Rahsia setiap kejayaan besar itu bermula dengan fikiran yang positif. Jika kita bangun di awal hari dengan minda yang positif bahawa sesuatu yang indah bakal berlaku hari ini, percayalah, sesuatu yang indah pasti akan berlaku.
bersyukur-730x411
#30: Berhenti daripada menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur.
Tidak kira bagaimana hari kita berlalu, sama ada baik mahupun buruk, bersyukurlah dengan kehidupan yang kita ada. Yang pasti, kehidupan yang kita punyai saat ini lebih baik dari sesetengah orang yang sedang bergelut di dalam hidup mereka. Daripada memikirkan tentang apa yang kita tiada, adalah lebih baik bersyukur dengan anugerah yang Tuhan telah berikan pada kita saban hari.
Semoga kita mampu menerapkan sebanyak mana langkah yang kita mampu di dalam hidup kita. Yang pasti, hidup tak akan mampu menjadi indah dan bahagia tanpa sebarang usaha. Tuhan itu Maha Adil. Hanya yang berusaha mampu mengecapi rasa manisnya kehidupan di dunia.

P/S : Putrakyubi..semoga kamu bukanlah orang yang salah :')

Older | Newer