''Dan Bukankah Kita Semua Akan Menjadi Mayat?''


✿✿✿
Marhamah Junaisha
21
Full time 'Puan'
"The Du'a Made At Tahajjud Is Like An Arrow Which Does No Miss Its Target" [Imaam Ash-Shaf'ee]



Big Applause



Template by Elle @ satellit-e.bs.com
Banners: reviviscent
Others: (1 | 2)


“...”
2012-01-29 2012-11-11 2012-12-23 2013-01-13 2013-03-10 2013-03-17 2013-04-28 2014-03-02 2014-03-09 2014-05-18 2014-05-25 2014-07-27 2014-08-03 2014-09-14 2014-11-16 2014-12-21 2015-03-15 2015-10-11 2015-11-15 2016-04-24

PISANG TAK BERBUAH DUA KALI
Thursday || 14:52

Bismillahirrohmanirrohim...

PTPTN dah masuk Alhamdulillah.Kali ni ada lah lebih sikit ''hutang'' ni.

Buat survive sampai short sem.Short sem ni bikin terguris hati jugak sebenarnya.Sebenarnyalah.

PTPTN tak jalan masa tu.Makanya marilah makan nestum secara berjemaah  untuk

mengurangkan perbelanjaan.Aku prefer nestum atau bubur pengganti maggi untuk dinner.

Maggi tak rasa apa pun kalau makan.Kau sebat dua bungkus then perut kau sebu.Selang sejam

kau lapar balik.Aku tak pasti samada maggi tu yang tak mengenyangkan atau perut aku

ni bersaka.Ehem!Baju korporat lagiiiii lah bikin terlukan.Tak berat hati bahu memikul pulak

kan time nak bagi RM110 kat Encik Bendahari untuk dibuat baju korporat dan t-shirt

course.Walaupun aku lah yang tukang mengutip duit..rasa sayu tetap ada duit masuk je cap cap cuss

kau kena sisihkan ratus untuk benda yang tak berfaedah dari segi kenaikan pointer mahupun

peluang pekerjaan lepas grad pun sebenarnya.Sebagai ahli majlis tertinggi yang berdedikasi cing!

Aku pun terpaksa lah menyokong 100 persen cadangan cadangan atau agenda tipikal

setiap persatuan kat mana-mana universiti pun lah.Nama pun MT,takkan la MT tak hulurkan

bantuan ringankan beban agenda persatuan sendiri kot?Masalah masalah sampingan bikin onar

ombak rindu hehh di hati dah selesai alhamdulillah.Terima kasih semuanya..Yang bersabar

yang mendengar,yang turut merasai kemarahan..yang paling sweet...Yang selalu mengingatkan

bahawa Allah itu ada.Terima kasih berjuta lemonnn!!Pengajaran :

Kenalilah lawan dan kawan anda :)  Motif nak bagitau PTPTN masuk sama macam orang lain je.

Hehehe..Ilalliqa! Assalamualaikum :)

TIPS KAHWIN MUDA DAN CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA
Wednesday || 14:59


alt

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang 

individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab 

sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai 

yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. 

Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang 

bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah

 yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan

 mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara 
     serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’
      anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat
      keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi
      lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib 
     dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani
     sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal 
     anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda
     ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi 
     meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, 
     side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari 
     side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara 
     kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk
     menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. 
     Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran 
     dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen 
     utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’
     kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan
     tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan
     hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua 
     tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam 
     perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan
     tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha 
    dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah
     lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan 
     mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin
.    Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

SUMBER : SINI

JIKA MEREKA BEGITU..BIARLAH KITA TETAP BEGINI
Monday || 16:14

Sering aku pujuk hati ini

Jika mereka memilih untuk kerap bertemu,melunas rindu,

biarlah kita tetap disini sekadar mengungkap apa yg perlu.

Jika mereka memilih utk saling mengingati sehingga dilupa yg mengurniakan cinta di hati,

biarlah kita tetap disini mengekang nafsu diri

Jika mereka memilih untuk acap kali mengucap sayang dan cinta yg kononnya tidak berbelah bagi,

biarlah kita tetap disini saling mendoakan agar apa yang dibina sentiasa diredhai 



Older | Newer